Sunday, August 23, 2009

anak yatim

ok .. setelah lama tidak menonton wayang ...
akhirnya buat pertama kali setelah sekian lama aku menetap di uitm shah alam ...finally aku berjaya menjejak-kan kaki ke panggung wayang ...

aku dan rakan2 aku pun bercadang untuk menonton 'Orphan' dekat Bukit Raja....
dalam perjalanan ke jusco bukit raja... aku dengan jayanya menyesatkan kawan aku ....
kami akhirnya sampai ke jusco bukit raja dengan bantuan security guard yang datang dari mana2 ntah ....

ooo kepada sesiapa yang teringin tgk 'Orphan' , stop membaca post ini sekarang...*spoiler*
crita orphan yang pada mulanya aku ingat crita hantu... rupa2nya merupakan cerita seram psycho///
setelah watak ibu dlam crita ni mengalami keguguran ... dia akhirnya bersetuju untuk mengambil anak angkat iaitu 'Esther'(watak perempuan psycho-killer)
walaupun Esther ni nampak baek namun sebenarnya dia seorg psycho killer...
sesiapa yang buat jahat dekat esther, memang selamat menjadi mangsa pembunuhan seterusnya...
the family then realise that Esther is evil and when they try to get rid of her.. it's too late...
plot crita ni ok-la...kira ada cam unexpected twist gak ar.. tidak seperti crita2 psycho seram bodo2...

lakonan Isabelle Furhman sebagai 'Esther' memang terbaek...budak ni memang boleh berlakon...
kalo bertanding ngan Fasha Sandha memang Fasha Sandha tidak ada peluang untuk menang ....
lebih2 lagi budak Isabelle ni baru umur 12 tahun ... pergh memang aku respect budak ni .. lakonan mantap -cool giler

yang tak best tentang muvi ni ...
watak laki 'John' sememangnya bodo dan rasa macam nak lempang muka John...
sikapnya yg tdk mempercayai kata2 bininya ...sememangnya bangang...
tambahan lagi dlam crita tersebut John merupakan seorang akitek...enough said

crita ni mungkin menakutkan gak ..sebab ada kawan lelaki(nama dirahsiakan) aku yang takut gak tgk.. tapi bagi aku biasa je...
aku syorkan sape yang tak tgk crita ni pergila tgk ...
ceh promote plak ... haha...
aku nak letak poster filem tu kat post ni ... tapi setelah difikirkan balik... aku tak nak letak disturbing pictures on my post ....

kata tukang crita : oo aku berjaya menyesatkan kawan aku ketika balik drpd bukitraja walhalnya , uitm ngan bukit raja tu 5 minutes away....haha..
next muvi district 9 sape nak ikut???!~

0 comments:

Post a Comment